Anonymous
7 tahun
Sakit dibahagian abdomen, tulang belakang, payudara dan punggung
Assalamualaikum Dr. Saya Ika berusia 23 tahun. Sebelum saya dengan pasangan melakukan hubungan intim, saya terjatuh di lantai akibat licin. Pada mulanya saya tak merasa apa2 dan malam itu kami melakukan hubungan intim. Selepas beberapa hari bahagian abdomen, belakang, payudara dan punggung saya mula merasa sakit. Selepas lebih kurang 13 hari melakukan hubungan intim, saya period selama 5 hari. Bermula pada hari itu sehingga hari ini, saya mengalami sakit yang sama dan kemarin saya melihat ada sedikit darah yang keluar seperti darah implantasi. Adakah saya mengandung sedangkan pasangan saya hanya melepaskan air mani hanya di paha saya. Saya menjadi bingung kerana sakit2 itu adalah simptom yang sama untuk hamil dan kesan jatuh. Terima kasih bantu saya Dr.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala yang anda alami berkemungkinan besar akibat kecederaan setelah jatuh. jika lewat datang haid, barulah berkemungkinan anda hamil. Darah implantasi tidak berlanjutan untuk beberapa hari.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.






























