
Anonymous
2 tahun
Sakit dibahagian ari ari
Sy wanita 20an dan sering mengalami sakit di bahagian ari ari serta tidak boleh mengawal untuk membuang air kecil… Rasa sakit ketika buang air kecil… Apakah sb nya dokter… Mohon pencerahan. Terima kasih.

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Dysuria adalah istilah yang menggambarkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa kencing. Kesakitan ini mungkin berasal dari pundi kencing, uretra, atau perineum.
Berikut adalah antara penyebab kencing pedih yang utama:
- Jangkitan
Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang) adalah penyebab yang paling biasa kencing pedih. - Batu karang
Apabila batu karang disingkirkan dari buah pinggang atau berkembang di pundi kencing, mereka boleh mencederakan “urothelium”, mengakibatkan keradangan dan kencing pedih. - Halangan pada sistem kencing
Semakin berusia, “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.