Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian bawah perut,bahagian bawah perut apabila ditekan dapat dirasakan ianya keras dan berdenyut dia bahagian tertentu
Saya remaja perempuan berusia 15 tahun, saya seorang penghidap gastrik… Bahagian bawah perut saya di kedua dua belah amatlah sakit dan keras apabila ditekan… Sekiranya saya berjalan, dapat dirasakan dibahagian kiri perut saya seperti bedenyut…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sista ovari
- Pelvic inflammatory diseases
- Endometriosis atau adenomyosis
- Hernia
- Karang dalam salur kencing
- Radang apendiks (appendicitis)
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor dengan segera kerana hal ini memerlukan perhatian. Pemeriksaan perlu dibuat dan rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor. Ia juga boleh disebabkan oleh sebab-sebab lain yang tidak disebutkan di atas.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah yang dialami oleh anda. Terima kasih.






























