
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian belakang lutut
Selamat sejahtera. Saya nak tanya sakit apa yang dialami saya kerana pernah suatu hari ketika saya tidur tiba tiba saya terbangun kerana bahagian belakang lutut saya tiba tiba sakit. Saya tak tahu apa puncanya . Mohon penjelasannya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Terdapat banyak kemungkinan yang boleh terjadi. Antaranya:
Masalah sendi
Masalah otot
Masalah saraf
Masalah tulang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.