Sulit
3 tahun
Sakit dibahagian belakang telinga
sebelum ni saya sakit telinga yg berdenyut dan gatal,tp saya dah dapatkan rawatan di klinik. denyut di telinga dan gatal dah hilang, tp sekarang saya rasa berdenyut di bahagian belakang telinga sejak pagi tadi.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman berulang di telinga
- inflamasi telinga tengah
- gangguan gegendang telinga
- atau gejala yang lebih serius misalnya
- gangguan pada kawasan tulang mastoid
- gangguan vaskular
Maka kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kembali agar rawatan susulan dapat di berikan. Namun buat sementara waktu, saya sarankan anda untuk:
- berhati-hati ketika mandi agar air tidak termasuk kedalam lubang telinga
- jangan cuba mengorek, menekan atau meletakkan sesuatu kedalam lubang telinga
- jangan cuba membeli mana-mana ubat tetesan atau pil tanpa pengetahuan doktor
- makan ubat demam sekiranya demam kembali
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.