
Sulit
5 tahun
Sakit gigi berubah2
Hi, saya ada pertanyaan, kenapa ya saya sering mengalami sakit gigi yang sentiasa berubah2 ?
Contohnya pagi sakit sebelah kiri, bila petang bertukar sakit ke sebelah kanan,
Kalao sebelah kiri sakitnya beransur reda, tiba2 sebelah kanan terasa ngilu2 dan akan menjadi sakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit gigi yang berubah-ubah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gigi sensitif
- masalah gusi
- kaedah pembersihan gigi yang kurang benar
- pertumbuhan gigi geraham bongsu
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.