
Sulit
4 tahun
Sakit gigi depan berhampiran gusi sebab suka kunyah ais?
Saya wanita 28 tahun, akhir-akhir ni gigi/gusi saya bahagian depan atas selalu sakit bila saya gosok gigi. Saya juga ada habit suka kunyah air batu. Adakah kesakitan yang saya alami ni berpunca daripada habit tu atau mungkin ada sebab lain? Sebab selalu saya kunyah pakai gigi geraham je… Tapi kadang-kadang terasa sakit je pada satu geraham yang berlubang dan saya selalu elakkan kawasan tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.