Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit gigi or sakit gusi

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 18, 2021 3:39 PM

Sulit 47 hari

Hi Doc., saya dah 5 hari tahan sakit yang saya tidak pasti sama ada sakit gigi atau gusi di sebelah atas kanan. My wisdom teeth on this upper right side dah tumbuh. So, right now i’m not sure why i’m feeling this dreadful pain. Every morning when i wake up i will feel this throbbing pain on the right side of my mouth. I can’t open my mouth as if i am having a lockjaw. I also have difficulty swallowing my saliva and i can’t chew any food or drink water because it’s really painful for me. May i know why is this happening?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 47 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda, seperti:

  • Jangkitan gusi
  • Nanah gusi (gum abscess)
  • Impacted teeth atau gigi dan gusi mengalami tekanan disebabkan gigi bongsu yang tumbuh
  • Radang tonsil (tonsilitis)
  • Radang tekak (pharyngitis dan laryngitis)
  • Jangkitan kelenjar air liur

Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian segera kerana ia mengganggu aktiviti harian anda dan proses makan.

Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.

Ia juga boleh berpunca dari masalah lain yang tidak disebutkan di atas.

Alternatif lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami berkenaan masalah yang anda hadapi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jan 18 2021 15:39:38 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Bedah Mulut & Pergigian tentang gigi & gusi secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA