syedmuhammadrifaie
5 tahun
Sakit Gigi yang sudah dicabut
SAYA BERUMUR 24 TAHUN, SAYA SUDAH CABUT GIGI TETAPI MASIH RASA SAKIT. SUDAH LIMA HARI IA BERLANJUTAN, SAYA MERASA DENGAN LIDAH DI BAHAGIAN GIGI DICABUT, TETAPI SAYA MERASAKAN MASIH ADE SERPIHAN GIGI YANG TINGGAL KERAS DAN TIDAK NERHOYANG. TOLONG BAGI PENJELASAN.
Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan pada bahagian gusi anda boleh disebabkan luka yang tidak sembuh, jangkitan pada luka ataupun jangkitan pada gigi sihat yang lain (gingivitis).
Untuk mengatasi masalah ini, selain berkumur air garam, anda juga boleh ambil ubat tahan sakit. Bagi mengenalpasti ubat yang bersesuaian maklumat tambahan diperlukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan @ untuk berhubung dengan farmasi kami ataupun link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mengenalpasti punca kesakitan yang anda alami. Sekian.




























