Sulit
4 tahun
Sakit gout dan boleh ka saya ambik ubat sakit gout,kurang bengkak dan tahan sakit
Sebelum saya di beri vaksin saya memang telah berjumpa doktor untuk sakit gout saya,dan d beri ubat sakit gout,tahan sakit dan kurang bengkak.dan sebelum di beri vaksin saya memang da bgtau doktor…dan selepas d vaksin sy nak tanya boleh ka saya minum ubat sakit gout tu buay masa sekarang…sbp gout sy mc rasa sakit dan bengkak.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang bolehkah mengambil ubat gout selepas vaksin. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, anda haruslah mengambil ubat-ubatan yang diperlukan walaupun telah menerima suntikan vaksin. Suntikan ini tidak mempengaruhi ubat anda melainkan jika dinyatakan oleh doktor anda.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, rujuk perkara ini kepada doktor untuk penerangan lebih jelas. Anda boleh hubungi kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.




































