
Sulit
4 tahun
Sakit kejang pinggang kanan dan kiri, lengan kanan dan kiri, punggung kanan, bahu dan leher
Saya wanita 34 thn suda berkahwin dan baru melahirkan anak pertama pada Sept 2020. Saya mempunyai masalah kerap kejang separuh badan. Kadang2 sebelah kanan, kadang2 sebelah kiri. Start dari pinggang merebak ke bahu, leher, lengan dan punggung. Sy belum jumpa doktor untuk check atas sbb keadaan semasa yg merisaukan, jadi sy ingin minta pendapat doktor di sini sebelum sy beli supplement atau berubat. Lagi 1, sy ada PCOS sejak 2010.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Masalah saraf tunjang seperti sciatica
- Kecederaan pada saraf tunjang
- Heniated disc
- Kencing manis (Diabetic neuropathy)
- Kekurangan vitamin B12
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.