
Anonymous
5 tahun
Sakit keliling pinggang kram bawah perut
Hai doc…sblm ini sy ad masalah sembelit…sy sdh ke hospital dn telh di beri ubat…tapi kedaan sy skrg…selalu sakit pinggang dan kram bwa perut…wktu cek dgn doktr puan…merka scan rahim dan dktr ckp normal x da ap2…skrg sy bru 2 mingu lpas haid…tdr sy pun x selesa…sllu kram bwa perut…knpa keadan sy mcm tu doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit pinggang dan kram perut. Ia boleh disebabkan oleh mana-mana organ di sekitarnya seperti buah pinggang, pundi kencing, rahim, ovari, usus, atau otot dan tulang di kawasan tersebut.
- Wanita biasanya menghidap kram atau senggugut sebelum atau ketika haid
- Masalah seperti batu karang boleh menyebabkan sakit pada bahagian pinggang (batu karang pada buah pinggang) atau bahagian bawah perut (batu karang di pundi kencing)
- Masalah pada sistem pencernaan seperti radang usus
- Masalah atau kecederaan pada otot sekitar pinggang atau tulang belakang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.