
Sulit
4 tahun
Sakit kepala akibat jatuh daripada katil dua tingkat. Perlukah saya pergi ke hospital ataupun hanya menelan ubat tahan sakit
Saya pernah jatuh katil dua tingkat dari tibgkat atas. Kepala saya telah terhembas dahulu sebelum badan saya. Sekarang saya kerap sakit kepala dan merasai denyutan di kepala. Saya telah pergi berjumpa doktor selepas kejadian itu. Dan doktor telahpun melakukan x-ray kepada saya. Akan tetapi kepala saya tidak terdapat apa apa masalah. Tetapi saya selalu merasai sakit kepala dan kadang kadang rasa sakit seperti baru sahaja jatuh katil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda terhadap gejala yang anda alami.
Untuk makluman anda, sakit akibat trauma kecil pada bahagian kepala akan hilang dengan sendirinya. Tambahan lagi anda telah melakukan x-ray dan didapati tidak ada kecederaan serius.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun, kami sarankan anda agar bejumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Sakit kepala berterusan
- Gangguan penglihatan
- Lemah badan dan lesu
- Muntah dan loya
- Sakit di bahagian leher dan belakang
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian. Terima kasih.