yattazam
7 tahun
Sakit kepala bahagian dahi
Anak saya berumur 13 tahun mengalami sakit/pening kepala sehingga menyebabkannya muntah. Sakit/pening kepala tersebut berlaku di bahagian dahi & ada sensasi menyucuk di situ. Sudah bertanya kepadanya adakah dia ada terjatuh atau terhantuk dalam jangka masa terdekat sebelum ini. Jawapannya, tiada. Baru sahaja membuat cermin mata kerana sebelum ini pernah mengadu pening kepala & mata sebelah kanann ternyata ada masalah rabun (150), silau (25). Apakah punca & rawatan yg perlu dilakukan. Sudah ke klinik tetapi doktor hanya memberi ubat angin, ubat paracetamol & ubat tahan muntah.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Ia menyebabkan rasa tegang ataupun menekan pada bahagian dahi, belakang kepala ataupun belakang leher. - Migrain: Pesakit selalunya mengalami sakit kepala yang kuat. Pesakit akan menyatakan sakit tersebut seolah-olah berdenyut.
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache): Pesakit akan mengadu sakit yang teramat seolah-olah seperti dicucuk selalunya dibahagian belakang mata.
- Sakit kepala sinus(Sinus headache): Sakit jenis ini adalah disebabkan masalah sinus kerana berlakunya jangkitan kuman pada bahagian sinus iaitu rongga pada bahagian tengkorak muka.
Antara rawatan yg anda boleh lakukan ialah:
- Elakkan daripada pengambilan kaffein
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan untuk pemeriksaan mata
- Banyakkan minum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
- Kawalan stress dan emosi
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda juga amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

































