Sulit
3 tahun
Sakit kepala belah kiri dan mata rasa nyeri
Hi, saya rasa sakit kepala belah kiri dan mata belah juga rasa nyeri. Bila kunyah makanan juga terasa sakitnya. Tapi saya tidak sakit gigi/gusi. Bila pakai cermin mata ada rasa kurang sikit tapi tetap tidak membantu… saya tak boleh tengok cahaya atau tempat terang… mata saya terus sakit. Dan perkara ni da banyak kali berlaku.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerap menonton tv, laptop, telefon bimbit
- Tekanan darah rendah/tinggi
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.