Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit kepala berdenyut ditengah bahagian kepala

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 14, 2020 1:18 PM

Sulit 56 hari

Mak saya berumur 60tahun , mak saya mengalami sakit kepala ditengah sudah seminggu ,

Dr Ramzdhan 56 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang ibu anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:

  • Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)

  • Migrain

  • Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)

  • Sakit kepala sinus(Sinus headache)

Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
  • Pandangan kabur
  • Pitam
  • Sawan
  • Muntah pada waktu pagi
  • Hilang berat badan mendadak

Untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 14 2020 13:18:46 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
nurainimohsin.97
Sakit kepala mencucuk 4-5 saat saya wanita berusia 23 tahun. disini saya mempunyai 2 soalan. soalan pertama ialah, pada hari biasa di mana sy tidak mengalami apa-apa sakit, kadang kala tiba tiba saya rasa sakit mencucuk dikepala ha… Baca lagi...
22 hari
Sulit
Sakit Kepala/Migraine Kronik Saya wanita berusia 27 tahun. Saya mengalami pening kepala di bahagian kanan sejak usia 10 tahun. Namun, simtom migraine saya semakin memburuk semenjak tahun 2013. Saya dapati sakit kepala saya … Baca lagi...
8 hari
Sulit
Mula dari gigi ke telinga dn kepala Sy lelaki 30… Kenapa saya sering sakit gigi hingga dalam terlinga hingga smpai ke kepala terasa sakit saya tak tahu punca sakit ni datang dri mana… Boleh Doktor jelas kn pada saya…masalah yang s… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Sakit kepala di bahagian belakang hampir 2 bulan Hello, sy perempuan umur 20 tahun sejak 1-2 bulan sy selalu sakit kepala dan pening dh buat ujian darah 4 kali dan semua normal tpi sakit kepala x hilang sy juga ada anxiety dn gerd, yg paling … Baca lagi...
23 hari
Sulit
Otot selalu bergerak@bergetar seluruh badan dan pening kepala Saya sering pening kepala dan otot sering bergetar … bulan 12 tahun lepas saya ade excident bahagian kepala dan dot jahitan … adakah berpunca dari itu Baca lagi...
13 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi