
Sulit
4 tahun
Sakit Kepala Berlarutan Sebelah Kiri
saya wanita umur awal 30an. sudah dua bulan mengalami sakit kepala yang kerap. sakit kepala akan bermula di bahagian belakang sebelah kiri. tempat yang setiap kali rasa sakit menyerang. saya menganggap ia cuma migrain biasa tetapi sekarang kekerapan semakin bertambah sehingga mengganggu kerja harian saya dan sedikit merisaukan saya. serangan boleh jadi berkali-kali dalam sehari. kadangkala sekejap dan hilang apabila saya bertenang dan kadangkala boleh berterusan seharian. rasa sakit mencucuk ditempat yang sama biasa terjadi bila saya terlalu fokus kepada sesuatu. contoh semasa membuat kerja dikomputer, mendengar percakapan orang atau kadangkala sewatu sedang makan atau bercakap. saya tiada mengalami muntah2 atau masalah pada penglihatan. cuma kerap rasa lenguh atau sakit pada tengkuk dan bahu. dan baru-baru ini saya mula mengalami sakit kepala yang teruk semasa orgasme. adakah ia cuma kerana keletihan dan stress atau mungkin sesuatu yang perlu dirisaukan. mohon pendapat doktor terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit kepala bahagian belakang sebelah kiri yang kerap kali berlaku dan berlarutan sehingga kini. Untuk makluman anda, perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Keletihan atau stress yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada kawasan otak.
- Tersalah posisi tidur sehingga menyebabkan otot leher yang lenguh atau tegang.
- Tekanan darah tinggi atau masalah aliran darah
- Kurang tidur
- Masalah kerabunan mata. (Sila pastikan jika mata anda rabun ataupun tidak)
- Selalu terlambat makan
- Penyakit keradangan pada kawasan otak
- Jangkitan kuman seperti Meningitis
- Ketumbuhan atau sista pada otak
- Kecederaan pada kepala
- Penyakit tulang servikal (tengkuk kepala)
- Gout atau diabetes
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti punca masalah anda dengan menjalani ujian dan siasatan kesihatan lebih lanjut bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.