Sulit
4 tahun
Sakit kepala berlarutan selepas cabut gigi
Adik saya berumur 24 thn mengalami sakit kepala yang kronik selepas cabut 2 batang gigi geraham sblh atas. Sakit kepala telah berlarutan selama 2 minggu wlpn telah dirujuk di hospital dan diberi ubat tahan sakit dan ubat darah tinggi. Tekanan darahnya hingga mencapai 180/110. Boleh Dr bagi penjelasan berkaitan masalah ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan fizikal akibat prosedur mencabut gigi geraham
- kesan sampingan ubat bius
- masalah buah pinggang
- masalah kelenjar adrenal
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.