
syellaawahab92
5 tahun
Sakit kepala berpanjangan dan rambut gugur tak normal
Salam,hi doc…saya gadis berumur 27tahun…
Saya kerap mengalami sakit kepala yg berpanjangan semenjak sya tukar tmpt kerja pda awal tahun 2019. Saya ada rujuk kpda klinik dan hosp gov tp doc di sana cuma mmberitahu yg sakit kepala yg saya alami ni sekadar migrain biasa dan beri ubat than sakit. Doc yg saya rujuk tu kata punca skit kepala yg saya slu hadapi ni dripada stress, cuma saya tak faham kalau saya tak stress sakit kepala tu tetap akan mnyerang, seminggu jugak la baru nak betul² hilang sakit tapi lepas 2/3 hari akan sakit balik…msa sy kerja tmpt lama sy kerap stress tp saya tak pernah alami sakit kepala berlarutan mcm ni, skrg ni walau tak stress kepala saya asyik sakit…walaupun makan ubat tahan sakit msih rasa sakit di kepala, ubat tu cuma bantu kurangkan denyutan sakit tu sahaja… Saya jugak perasan yg rambut saya gugur mkin teruk dan tak normal skrg ni, bukan skadar gugur masa sikat atau cuci rambut tapi kalau just belai rambut pun akan gugur yg sangat banyak… Doc boleh jelaskan apakah sebab saya mengalami skit kepala mcm ni dan keguguran rambut yang banyak?? Terima kasih…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches) akibat pertukaran kerja dan belum menyesuaikan diri dengan tempat baru atau rutin yang baru.
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala resdung (Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.