
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan kerap tidur
Hi doktor saya remaja perempuan umur 15 , pada hari rabu lepas 18.8 saya mengalami demam dan menggigil kesejukan dan berunsur pulih pada pagi tu tetapi sakit kepala saya tidak hilang dan sakit berdenyut2 kalau berdiri dan apabila saya tidur pada pukul 10 pm saya akan bangun pukul 3 am selepas itu saya tidur lagi pada pukul 3.30 dan bangun pada pukul 6 atau 7 am .Apabila bangun pada pukul 12 atau 1 kepala saya akan berdenyut2 dan sakit apabila berdiri . Dan akan menjadi sangat2 mengantuk jadi saya tidur lagi selepas baru bangun 4 jam rasa mengantuk yang melampau dan apabila saya bangun tidur sakit kepala itu akan berkurangan tetapi akan sakit bila berdiri . Semuanya berlaku selepas saya demam kesejukan itu tolong saya doktor kalau ikut kan saya tidur hampir sepanjang hari dan sakit kepala tidak hilang tq doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberikan.
Berdasarkan penerangan yang teliti di atas, kami memahami kebimbangan anda mengalami sakit kepala yang teruk sehingga mengganggu tidur anda yang berlaku selepas demam setelah unsur pulih. Untuk makluman anda, masalah yang ada hadapi boleh dijelaskan dengan beberapa perkara:
- Masalah aliran darah tinggi
- Masalah keradangan sinus yang boleh merebak ke otak
- Jangkitan kuman pada darah yang boleh merebak ke otak
- Masalah pengaliran cecair otak (Cerebrospinal fluid)
- Kekurangan air dalam badan
- Masalah jantung yang boleh menyebakan tekanan darah tinggi
- Sista dalam ovari
- Ketumbuhan atau kanser otak.
Kemungkinan besar sakit kepala anda merupakan kesan sampingan yang berkait dengan demam dan kegigilan yang di alami. Pada kebiasaannya, gejala deman dan menggigil boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang terkena sebelum ini. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah anda bagi menjalankan ujian dan siasatan kesihatan demi memberi penyelesaian yang sesuai.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.