
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan sakit2 badan
Hi doktor… saya kerap sakit kepala bahagian atas dan sakit2 badan serta rasa badan sejuk seperti demam tetapi tak demam. Sudah ambil panadol ttapi akan berulang lagi. Sudah sakit selama 5 hari skrg. Mohon bantuan doktor dan nasibat doktor. Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi masalah sakit kepala adalah gejala yang lazim berlaku. Sekiranya anda juga mengalami gejala seperti di bawah, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor kerana kemungkinan masalah serius berlaku pada anda.
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Untuk sakit badan anda ia berkemungkinan disebabkan lenguh.
Akan tetapi, untuk makluman anda, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.