
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan tosil bengkak
Tekak sakit lebih 3 hari, tonsil bengkak sehingga menyebabkan telinga rasa sakit. Sakit kepala yang kerap dan nafas rasa laju. Semalam sudah jumpa doktor dan makan antibiotik dan ubat tahan sakit. Tapi keadaan hari ini masih sama. Kepala rasa berdenyut, ada batuk sedikit dan sangat sakit bila menelan air liur. Perlukah saya pergi hospital untuk rawatan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat ini tidak akan dapat menyembuhkan anda dalam masa sehari sahaja. Anda disarankan untuk meneruskan ubat antibiotik anda. Untuk melegakan sakit tekak anda, anda boleh makan benda sejuk seperti aiskrim. Anda perlu minum air dengan banyak. Anda juga boleh berkumur dengan air garam untuk melegakan sakit tekak. Selain itu, farmasi juga ada menjual lozenges untuk mengebaskan tekak dan melegakan rasa sakit.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.