Sulit
5 tahun
Sakit kepala di bahagian belakang dan leher
Sy lelaki 40an kini sy kerap sakit kepala di bahagian belakang kepala hingga ke leher… Mula denyutan sedikit…bila sy ingin mengingati sesuatu yg lepas kepala semakin kuat bedenyut semakin kuat utk sy mengingati lagi kuat denyutan di kepala hingga menjadi kebas di belakang leher sy dan menjadi panas… Sy ada menjalani medical checkup beberapa kali utk darah tinggi di klinik tetapi tekanan darah sy normal tiada masalah darah tinggi… Apakah punca dan bolehkah berlaku pecahan pembunuh darah di kepala bila setiap kali sy memaksa otak untuk mengingati benda yg lalu… Sy harap Doktor dapat membantu sy
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Stres
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
- Postur badan tidak elok
- Occipital neuralgia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.



































