
syafiq6490
4 tahun
Sakit kepala di bahagian belakang dan urat kepala rasa tertarik
saya lelaki berumur 24 tahun. kebelakangan ini saya mengalami sakit kepala di bahagian belakang dab tengkuk. saya juga turun berasa pandangan kabur/sikit hilang keimbangan badan ketika tunduk. Apabila saya mengangkat dahi/bulatkan mata, saya merasakan urat dri atas mata kanan hingga ke atas kepala tertarik. Berharap sangat dr2 dapat membantu masalah yang saya alami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Migrain
- Tension headache
- Tekanan darah tinggi
- Ketegangan otot belakang
- Postur badan yang salah dan tidak selesa
- Kurang rehat
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya perkara ini berlanjutan.
Anda juga boleh melakukan beberapa perkara ini untuk mengatasi masalah yang dialami:
- Elakkan punca sakit kepala atau stres
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Sentiasa melakukan aktiviti regangan badan
- Betulkan postur badan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.