Sulit
3 tahun
Sakit kepala di sekeliling kepala dan atas kepala kadang2 berdenyut
Hye saya lelaki berumur 21 tahun 3 hari nih saya rasa tak selesa dengan kepala saya rasa berat dan kadang2 rasa something ditengah2 kepala dan sekeliling .kadang2 berdenyut di kiri dan kanan kepala.rasa macam meremang di kepala.badan saya pula akan rasa sakit selepas bangun tido tetapi semakin berkurangan cuma kepala saya tidak berkurang ade masa ianya berdenyut .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat banyak soalan yang harus diajukan untuk kami memahami gejala sebenar yang anda alami.
Akan tetapi, berkemungkinan masalah yang anda hadapi adalah sakit kepala atau juga migrain. Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.