Sulit
4 tahun
Sakit kepala @ migrain
Sy wanita berusia 23 tahun.Sy mempunyai migrain sehingga mnyebabkn sy muntah dan buang air besar.Adakah normal bagi penghidap migrain muntah dan buang air besar ?? Doktor ada mnyarankan sy makan ubat caffox dan paracetamol akan tetapi sy agak risau dgn kesan sampingan ubat caffox tersebut.Apakah ada jalan alternatif utk mengatasi msalah migrain ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit kepala mempunyai pelbagai penyebab samada perkara yang serius ataupun tidak, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui rawatan atau ubat-ubatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .


































