Sulit
3 tahun
Sakit kepala, pening dan sakit telinga
Sy wanita berumur hampir 40thn. Hujung Oct sy mendapat rwtn d hospital sebab nampak berputar dan hendak pitam.sukar kencing Dan bdn lemah. Hari sebelumnya sy masi rsa sihat.ketika di periksa drh… Kurang garam.tetapi ketika mendaftar d kaunter hospital Sy telah muntah banyak.hari itu jantung berdegup laju dan nafas pendek Tapi dicek jantung tdk bermasalah. Mlmnya kerana sy susah tdr sy diberi ubat tdr dan penenang Sbb anxiety.esoknya sy dicaj Dari wad dan dibekali ubat penenang xanax.tiba d rumah sy mula rasa pening. Mlmnya sy mkn ubat Yg dibekalkn sehingga seminggu dan kepala makin rasa pening dan rsa cemas makin teruk.ketika period dtg,telinga Dan kepala sebelah kanan sakit bercampur rsa pening.mata kanan dan pipi kanan juga sakit.minggu lalu period dtg keadaan sama Tapi kali ini sakit kepala kedua belah dan telinga kanan sgt sakit. Dua Hari lalu Sy cuba bersenam tetapi kpla sakit atas dan tepi dahi.hari ini sy cuba bersenam kepala pening dan rasa loya.sy Ada berjumpa doctor beberapa kali dlm tempoh sakit Tapi mereka kata telinga tdk Ada mslh. Mungkin hanya migrin.dan sy dirujuk juga ke doctor psy Sbb anxiety disorder.mereka kata sakit itu timbul Sbb kemugkinan lebih dipengaruhi emosi.tapi sy sy sentuh urat atas telinga sakit Dan berdenyut2. Ketika tdk d sentuh juga kdng2 berdenyut sakit. Dan rasa loya.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, rasa pening dan sakit telinga yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.