
Sulit
4 tahun
Sakit kepala sebelah kiri yg kerap
saya lelaki berumur 29 tahun… saya sering mengalami sakit kepala sebelah kiri…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Migrain yang juga dikenali sebagai “ hemiplegic migrain ” dimana seseorang itu berasa pucat dan lemah tubuh badan seakan-akan diserang strok. Antara pencetus migrain adalah makanan seperti coklat, keju, kafein (dari teh atau kopi) dan pil perancang.
- Anemia (kuran darah merah)
- Dehidrasi
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.