Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit kepala seperti ditekan atas tengkorak

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 27, 2020 11:54 AM

Sulit 33 hari

Saya berumur 19 tahun dan sekarang sy sering mempunyai sakit di kepala . Tapi sakit di kepala saya ni seperti lain sahaja sebab ianya seperti ada tong gas yang menekan di atas kepala tengkorak saya dan itu amat lah sakit tp sekarang sudah pun kurang dan perkara ini sudah pun masuk 4 bulan untuk penyakit yg sama dan tidak hilang . Walhal di masa sy kena penyakit itu sy juga akan merasakan seperti ada benda yg menekan di atas lelangit sy doktor bukan di kawasan lelangit tetapi di atas lelangit . Sy musykil dengan penyakit ini doktor boleh berikan penjelasan apa jenis penyakit yg saya hadapi masa masa skrg ni sbb sy tidak mahu mati awal . Harap doktor boleh memberi penjelasan yg jelas. Boleh ?

Dr Sri Viknarajan 33 hari
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala seperti tong gas yang menekan di kepala. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kemungkinan besar anda mengalami pendarahan kepala. Anda diminta untuk ke unit kecemasan hospital segera!

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:

  • Masalah migrain
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah strok tahap awal
  • Dehidrasi
  • Kurang senaman atau aktiviti luar
  • Gangguan stress dan emosi
  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
  • Kurang rehat atau tidur.
  • Masalah tiroid.
  • Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
  • Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
  • Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
  • Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Anda boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:

  • Pitam
  • Muntah muntah
  • Sakit berterusan sepanjang hari
  • Sakit yang tidak tertahan
  • Demam panas

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Oct 27 2020 11:54:54 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sakit kepala menyucuk-nyucuk pada bahagian belakang kepala Sy lelaki berumur 43 tahun. Sy sering merasa spt di cucuk2 di kepala terutama bahagian kiri kanan belakang kepala saya. Kadang ada jyga rasa menyucuj2 di bhgian tgh kepala. Juga rasa tegang pada… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Sakit belakang,bahu dan kepala yang berterusan Saya wanita berumur 30 tahun.saya kerap mengalami sakit kepala yang berpanjangan.setiap pagi pula,bermula dari tapak kaki sehingga ke bahagian belakang,saya selalu sakit.semakin hari semakin ter… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Sakit kepala belah kiri setiap malam dan tengahari selamat petang doktor , umur saya 16y/o . saya ada komplikasi back pain since 2018 . start from last month saya sering sakit kepala bahagian kiri sahaja dan sakit belakang serta tangan belah kir… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Sakit kepala di belakang kepala Saya berumur 22 tahun, saya ingin bertanya kenapa saya berasa sakit di bahagian belakang kepala… Sakit yang teramat sangat… Saya makan naproxen sodium pon tak lega makin bertambah rasa sakit… Te… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Sakit kepala berdenyut denyut Hallo doctor . Saya seorang pelajar berumur 16 tahun. Saya mau bertanya tentang sakit kepala. Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami sakit kepala kadang kala di sebelah kiri dan kadang kal… Baca lagi...
20 hari