
Anonymous
4 tahun
Sakit kepala tahap sangat², menggigil, sakit sendi², sakit kepala, demam
assalamualaikum, saya taufik, umur 25, baru² ni saya berubat menggunakan kaedah bekam di kampung, saya juga bekam di kepala, tetapi, org itu menggunakan pisau cukur yg sudah di gunakan, selepas seminggu,saya mengalami sakit di bahagian tengkok, belakang badan, dikepala, dan di bahagian sendi, bila buat rawatan di klinik, doc ckp sye kena jangkitan kuman, bacaan darah putih jadi 19.8…adakah punca jangkitan itu dari pisau bekenaa…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya, berbekam merupakan antara terapi tradisional yang dipercayai boleh menyembuh pelbagai penyakit. Walaupun tiada kajian saintifik yang membuktikan bekam membantu dari segi kesihatan, ia masih popular dalam kalangan masyarakat.
Akan tetapi, rawatan bekam yang tidak mengikut piawai seperti penggunaan ‘cup’ yang sama untuk semua pelanggan, kekurangan teknik aseptik/kebersihan, penggunaan pisau cukur yang tidak bersih/penggunaan semula pisau cukur untuk mengurangkan kos dan lain lain boleh menyebabkan jangkitan kuman yang sangat serious seperti Hepatitis B, Hepatitis C malah HIV.
Oleh itu, anda disarankan untuk membuat ujian saringan darah dan juga berunding dengan doktor untuk langkah selanjutnya.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih