roslina

6 tahun

Sakit kepala teramat dan selsema

doktor, saya seorang pelajar sekolah menengah yang berusia 17 tahun. sudah hampir sebulan saya mengalami sakit kepala yang teramat sakit serta selesema yang berlarutan sejak sebulan yang lalu. mata saya juga sering sakit dan sukar untuk membuka mata pada setiap kali saya bangun tidur. mata saya akan jadi berair dan sakit apabila terkena angin. pada mulanya saya ingat ia cuma sakit kepala biasa sahaja. tapi semakin hari semakin sakit kepala saya. adakah saya sedang mengalami apa apa penyakit?

Hai dan salam sejahtera untuk anda. Terima kasih atas soalan anda. Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.

Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara simptom-simptom yang dialami oleh pesakit sinusitis adalah seperti sakit kepala, sakit pada bahagian muka, hidung tersumbat, hidung atau mata berair, demam dan juga muka menjadi merah. Sinus adalah ruang yang mempunyai udara dikelilingi tulang yang berfungsi untuk meringankan tekanan dalam kepala kita. Sinusitis akan terjadi apabila ruang yang mengandungi udara tersebut penuh dengan lendir yang dirembeskan apabila kita mengalami infeksi trakus pernafasan atas atau selsema yang berpanjangan. Disebabkan oleh itu, pesakit yang mengalami sinusitis akan berasa berat kepala dan tidak selesa dan sering kali penyakit sinusitis ini disalah anggap ianya sebagai serangan migrain.

Hai, selamat sejahtera.

Sinusitis atau resdung adalah masalah yang berlaku apabila rongga hidung mengjadi bengkak dan tersumbat akibat jangkitan kuman atau tidak balas dinding hidung apabila terdedah kepada bahan yang menyebabkan alergi atau partikel berbahaya seperti habuk dan asap.

Seseorang yang menghadapi masalah sinusitis ini akan mengalami simtom seperti:

  • Sakit dan bengkak pada kawasan pipi, mata dan dahi
  • Hidung tersumbat
  • Kurang atau hilang deria bau
  • Keluar lendir berwarna hijau atau kuning
  • Sakit kepala yang dikenali sebagai sinus headache
  • Demam
  • Sakit gigi
  • Nafas berbau

Bagi masalah sinusitis yang tidak terlalu teruk, anda boleh merawatnya dengan cara:

  • Mendapatkan rehat secukupnya
  • Minum banyak air
  • Mengambil ubat seperti paracetamol
  • Elakkan dari terdedah kepada bahan alergi
  • Jauhi rokok
  • Melegakan hidung tersumbang dengan menyedut air garam
  • Bernafas di atas wap air panas juga boleh melegakan masalah ini.
  • Anda juga boleh mendapatkan ubat untuk melegakan hidung tersumbat dari farmasi

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya masalah ini tidak berkurangan selepas seminggu, ubat tahan sakit tidak membantu, simtom anda semakin teruk atau semakin kerap berlaku.

Dr Ilias,

6 tahun

Hai, Selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan simptom yang anda alami, anda mungkin menghidapi penyakit resdung atau lebih dikenali sebagai sinusitis.

Orang yang berisiko mendapatkan serangan resung ialah mereka yang mempunyai leman sistem imun badan, mempunyai keluarga dengan masalah alahan, merokok dan memunyai masalah dengan organ hidung seperti mempunyai alahan ataupun ketumbuhan kecil yang dipanggil polyps.

Sakit kepala disebabkan resdung kebiasaanya akan bertambah teruk jika pesakit tunduk. Selain dari simptom yang anda ceritakan , pesakit juga boleh mengadu sakit muka, dahi dan belakang mata. Simptom lain termasuklah sakit gigi, demam, hilang deria bau, sakit tekak, bersin, selsema dengan hingus hijau pekat dan juga letih satu badan.

Resdung boleh dirawat di rumah. Antara rawatan yang dicadangkan ialah:

-Basuh kain lapik yang lembap dan hangat. Tahan di atas muka anda untuk meredakan gejala sakit.
-Gunakan humidifier untuk mengekalkan udara lembap
-Semburan hidung boleh membersihkan rongga hidung anda
-Minum air dengan banyak untuk mencairkan hingus

Jika ini masih gagal membantu, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut seperti prosedur pembedahan jika perlu.
Saya berharap telah menjawab soalan anda dengan baik. Selamat berjaya.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)