
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala yang berlarutan lebih sebulan
Saya lelaki dan berumur 30 tahun. Saya mula rasa pening seperti berpusing apabila berdiri.dan baik dengan sendiri. walaubagaimanapun selepas seminggu saya mengalami sakit kepala sehingga tidak boleh mengangkat kepala dan selepas 2 hari saya telah pergi berurut di kepala berasa kurang tetapi masih berasa sakit sehingga hari ini. kadang kadang rasa loya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara punca gejala pening berpusing dan loya yang anda alami adalah:
- Masalah vertigo
- Masalah di dalam struktur telinga
- Sakit kepala
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.