Sulit
3 tahun
Sakit leher dan kepala
Hai doctor, saya mengalami migrain,
Tapi lately, saya bangun pagi, sakit dibahagian leher dan sakit kepala… lepastu dada saya rasa senak sgt especially time nak bernafas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit leher dan sakit kepala ketika lepas bangun pagi, serta sesak nafas. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor dan penjelasan yang boleh berkait dengan masalah anda:
- Salah posisi tidur
- Gejala mengorok waktu tidur
- Kurang oksigen dalam badan
- Penyakit darah seperti anemia (kurang sel darah merah yang mengandungi oksigen_)
- Tekanan darah tinggi
- Gangguan stress atau serangan panik
- Kurang melakukan senaman atau kurang melakukan aktiviti harian
- Jangkitan kuman pada otak atau kepala
- Penyakit salur nafas seperti asthma, atau COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
- Penyakit alahan atau penyakit darah beku pada salur darah kepala atau otak.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk. Sementara itu, anda boleh melakukan yang berikut untuk mengurangkan simptom anda iaitu:
- Kurangkan stress and cukupkan rehat
- Kurangkan tekanan darah
- Banyakkan senaman yang seimbang
- Elakkan pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tetapkan waktu makan yang betul
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi
- Betulkan posisi tidur.
- Sentiasa minum air dengan secukupnya (elakkan dehidrasi)
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.