
cikgueira89
5 tahun
Sakit lutut selepas jogging
Isnin yg lepas, sy mula sakit lutut selepas jogging. Saya sangka akan hilang seperti sakit otot betis yg cuma mengambil masa 2hari utk hilang. Tetapi, sekarang dah hari ke-7, bahagian lutut masih sakit. Apakah masalahnye ye? Adakah apa2 rawatan yang boleh menghilangkan sakit
Lutut ini dalam masa yang singkat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sukan yang berlebihan
- Berat badan yang berlebihan
- Trauma
- kekurangan zat besi dan kalsium
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
- Radang sendi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.