
mohdhalleafz
4 tahun
Sakit ngilu lutut ibu
Hi. Salam perpaduan. Ibu sy berumur 61 thn, beliau mgalami sakit d bhgian lutut sblh kanan sudah hampir setahun lebih.Ibu tlh buat pemeriksaan d hospital berdekatan namun tiada sebarang reaksi atau sembuh dr ubatan yg d beri, ibu juga tlah mncuba pelbagai ubatan tradisional namun tdk membuahkan hasil.Soalan sy, apakah pendapat dr atau ada rawatan lain yg blh d cuba utk pulihkan smula sakit ngilu dbhgian lutut kanan ibu sy. sekian…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ibu anda. Untuk makluman pihak anda, saya tidak boleh memberi cadangan mengenai rawatan yang harus dilakukan sewenangnya tanpa mengetahui punca sebenar masalah lutut ibu anda.
Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Osteoarthritis
Ligamen Cruciate terkoyak atau terseliuh
Tendon koyak
Kecederaan Meniscal
Kecederaan kepada meniskus biasanya kecederaan trauma tetapi juga boleh disebabkan penggunaan meniscal yang terlalu kerap. Selalunya sekeping meniskus akan pecah dan terapung di sendi lutut.
Dislokasi Lutut
*Dislokasi patella
Namun begitu, untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.