
Anonymous
5 tahun
Sakit pada bahagian belakang mata
Saya wanita berusia 19 tahun mengalami sakit pada bahagian belakang mata hanya pada sebelah kanan sahaja. Saya merasakan sakit apabila sy menggerakkan mata sya ke kanan atau Kiri. Kadang² ia rasa pening.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan( bakteria , virus ataupun kulat)
- alahan
- kecederaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.