Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit pada bahagian dalam pipi

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 9, 2020 1:30 AM

Sulit 2 bulan

Saya wanita berumur 20 tahun. Baru2 ini saya mengalamai kesakitan mulut pada bahagian pipi kanan berdekatan dengan gigi bawah. Saya melihat cermin seperti ada sedikit bengkak pada bahagian pipi. Kadang2 rasa sakit hilang dan kadang2 terlalu sakit. Dan rasa sakit itu memberi effect kepaxa gigi bawah saya. Saya tidak pasti apakah punca pipi saya sakit. Adakah ia penyakit yang serious atau akan hilang dengan sendiri ?

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:

  • Kesan luka daripada tergigit atau trauma
  • Apthous ulcer
  • Jangkitan bakteria atau virus yang lain

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan masalah di dalam mulut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 09 2020 01:30:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Ulser yang tidak pernah sembuh saya mempunyai ulser di gusi yang tidak pernah sembuh selama 5 bulan.Ketika saya bangun tidur,pastu ulser tersebut akan sakit. Baca lagi...
22 hari
Sulit
Masalah sakit gigi yang berlanjutan Hi doc, nak tanya boleh tak memberus gigi dalam keadaan sakit gigi? Ada kesan berlanjutan tak selepas saya memberus gigi? Baca lagi...
21 hari
Sulit
Bridge gigi menjadi kuning Bagaimana untuk putihkan bridge gigi yg kuning Baca lagi...
49 hari
Sulit
Masalah gusi yang sering berlaku Saya ialah pelajar sekolah menengah Baca lagi...
11 hari
Sulit
Bengkak bertambah besar pada gusi dan pipi walaupun telah mengambil ubat Saya baru sahaja bertemu doktor gigi semalam, dan telah mendapatkan ubat untuk surutkan bengkak pada pipi dn gusi sebelum boleh dicabut. Namun walaupun sudah memakan ubat seperti diarahkan, mala… Baca lagi...
35 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi