Anonymous
5 tahun
Sakit pada bahagian payu dara sebelah kiri (dibawah puting)
Selamat petang doktor, saya lelaki berumur 43 tahun dan sudah berkahwin . Saya mengalami benjolan di sekitar bawah puting sebelah kiiri (anggaran jejari dari puting ialah 2cm) rasa sedikit sakit dan pedas apabila puting ditekan ke dalam. Demikian juga pada puting sebelah kanan rasa sakit dan pedas bila ditekan tapi tidak mempunyai benjolan seperti payu dara kiri. Mohon penjelasan dan nasihat daripada doktor. Terima kasih.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
Walaupun masalah yang berkaitan dengan payudara sering dikaitkan dengan golongan wanita terdapat peluang untuk golongan lelaki untuk mengalaminya. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.































