Sulit
5 tahun
Sakit pada payudara belah kanan, pemeriksaan telah dilakukan
Saya wanita berusia 27 tahun dan belum berkhawin. Saya mengalami sakit pada bahagian payudara sebulan yang lalu. Sebelum sakit, saya melakukan workout yg banyak menggunakan otot abdomen. Pemeriksaan telah dilakukan diklinik. Size breast sama, tiada cecair keluar,tiada bengkak, tapi Doktor menjumpai ketulan lembut pada kedua belah payudara yg mana ketulan lembut itu dirasakan oleh saya dr sekolah menengah. Tapi setelah dilakukan breast ultrasound,tiada abnormalities pada breast, dan doktor mengesahkan ketulan lembut itu adalah gumpalan lemak. Result ultrasound sangat cantik based pada penerangan doktor. Sakit berkurangan, tapi sometimes saya masih rasa sakit. Tapi tidak keterlaluan. Adakan ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Terdapat beberapa sebab yang dapat menjelaskan keadaan yang anda sedang hadapi:
- Mastitis atau radang budah dada
- Sista payudara ataupun breast cyst
- Sakit payudara disebabkan oleh kitaran haid; perkara ini adalah normal dalam sesetengah orang
- Pemakaian pakaian dalam yang terlalu ketat
- Gumpalan lemak di payudara ataupun breast lipoma
- Radang selaput dada atau costochondritis
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Sekiranya keadaan bertambah teruk dan terdapat luka, pendarahan ataupun nanah pada payudara anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa semula dengan doktor segera.
Berdasarkan kenyataan yang dinyatakan oleh anda, ia boleh menjadi normal ataupun tidak normal kerana anda perlu diperiksa oleh doktor dah dia sahaja yang dapat menentukan sama ada kondisi ada ini normal ataupun tidak.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.

































