Sulit
4 tahun
Sakit pada payudara
Saya wanita 21 tahun. baru baru ni saya dapati bahawa rasa sakit pada payudara. Saya dapati juga ada satu ketulan kecil pada ketiak tetapi tak nampak kalau dilihat dan sakit apabila ditekan. rasa sakit dan menjadi sensitif pada bahagian payudara apabila terlanggar sesuatu. Adakah itu simptom awal kanser payudara? boleh saya tahu kenapa dan apa yang perlu saya lakukan? Terima kasih
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian payudara dan benjolan di ketiak. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah kesakitan di payudara boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- mastalgia
- kehamilan
- mastitis
- jangkitan yis
- kanser payudara
Selain itu, benjolan di bahagian ketiak anda boleh disebabkan oleh:
- fibroadenoma
- sista
- jangkitan kulat
- kanser payudara
- limfoma
Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.

































