
Sulit
4 tahun
Sakit pada Rahim dah kerap nyeri selepas keguguran
Hi Dr . Sy Linda , Saya berumur 25 tahun . Saya ingin bertanya . Beberapa Hari yang lalu , sym mengalami keguguran dgn kandungan 5 minggu . Dah setelah keguguran itu , Saya Ada keluar ketulan darah n beransur okay . Tapi Hari ini , Hari ke 5 , tiba2 keluar ketulan lagi darah semacam daging sebesar in jari . Rahim Saya kerap sakit beberapa Hari ini n faraj berbau Tak seperti biasa . Bole Saya dapatkan jawaban . Terima kasih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya amat menyarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan. Teradapat kemungkinan bahawa produk konsepsi belum sepenuhnya keluar dari rahim anda. Ini boleh menyebabkan anda terdedah dengan risiko jangkitan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.