Sulit
2 tahun
Sakit pada tempat pembedahan
Hello doc. Sy telah menjalani pembedahan kecik breast lump (tgh² antara kiri & kanan breast 4cm) pada tahun lepas… Kebelakangan ini, tempat pembedahan terasa sakit walaupun tidak kerap. Apabila memakai bra & mengangkat benda berat, ia akan terasa sakit. Tempat pembedahan juga akan berasa gatal apabila berpeluh… Apakah ianya normal ? Berapa lamakah tempat pembedahan tersebut akan pulih sepenuhnya?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami ketidakselesaan anda berkenaan sakit pada tempat pembedahan pada tahun lalu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah pada bekas kawasan pembedahan seperti:
- Jangkitan kuman
- Radang pada kawasan luka
- Pergerakan yang berlebihan sekiranya luka pembedahan berhampiran sendi
- Gangguan kulit yang lain
Oleh itu, anda amat disarankan merujuk masalah ini di klinik atau hospital yang terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh menghubungi doktor secara atas talian melalui perkhidmatan kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.