
nialuvirhan
5 tahun
Sakit pada tulang rusuk kiri dan sakit tubuh badan
Saya berumur 15 tahun. Saya sakit pada tulang rusuk kiri selepas subuh hari Jumaat lepas. Saya rasa sakit apabila saya bergerak, berbaring dan menarik nafas yang dalam. Selepas beberapa jam, sakit itu mula hilang tetapi badan saya sakit apatah lagi di bahagian belakang, leher dan kaki. Hari ini, saya sakit pada tulang rusuk kanan pula. Adakah ia merebak? Saya melayari internet dan menjumpai satu penyakit yang mempunyai gejala yang sama saya lalui iaitu perikarditis. Tetapi, saya masih waswas. Adakah saya masih mempunyai penyakit itu atau tidak? Kerana sakit pada tulang rusuk itu sudah jarang berlaku pada saya. Tidak lupa juga. Adakah ia akan menjadi semakin teruk jika saya tidak melakukan apa-apa atau tidak menemui doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada bahagian tulang rusuk boleh disebabkan:
- Ketegangan otot tulang rusuk - akibat postur duduk atau tidur tidak selesa
- Keradangan otot atau tulang rusuk - akibat kecedraan atau jangkitan kuman
- Penyakit kayap
- Jangkitan selaput/lapisan paru-paru/jantung (pleuritis/perikarditis) - akibat virus atau penyakit seperti SLE
Penyakit perikarditis sangat jarang berlaku pada orang muda kerana faktor-faktor penyebab pada kebiasaannya pada orang yang berumur sedikit. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.