
Sulit
5 tahun
Sakit pada tulang rusuk kiri
Assalamualaikum …saya wanita berusia 20-an… sya berkerja dan melakukan kerja kerja angkat berat dan memanjat tangga untuk menyusun brng²…saya pernah terjatuh dr tangga tp saya xendahkan kemudian hampir setahun saya bekerja… dlm bulan July2019 …saya dapati tulang rusuk Kiri terlalu sakit sehingga menyebabkan saya sukar untuk melakukan angkat berat, ketawa,berlari,bersin Dan juga batuk… saya dpt Kan rawatan Di klinik swasta …doc menyatakan sekadar otot tetapi blh jd juga jangkitan paru²…selepas seminggu, sakit Tu dtg semula…saya dpt Kan xray …doc juga menyata Kan tidak Ada apa apa… tetapi sehingga sekarang tulang rusuk Kiri masih sakit secara tiba tiba atau pon Akan rasa sakit selepas angkat berat …Dan juga akan sakit apabila saya tekan dibahagian tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan saudara, di bahagian rusuk kiri terletak banyak organ. Oleh itu sakit boleh terjadi disebabkan masalah organ-organ tersebut. Antaranya adalah:
- Kecederaan pada tulang rusuk
- Peradangan rawan tulang rusuk/ Costochondritis
- Pleurisy - peradangan lapisan paru-paru
- Fibromyalgia - sakit otot kronik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.