
juhanna1975
6 tahun
Sakit pada tumit dan tepi tumit
Saya berusia 44 thn .Berat badan dlm lingkungan 65kg.Semenjak beberapa hari ini, bahagian tumit dan bahagian tepi tumit kedua2 kaki terasa sakit dan ia akan menjadi bisa menjelang mlm apa bila saya hendak tidur…tidur saya juga tidak lena…menjelang jam 3 pagi baru rasa mengantuk…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit tumit. Antaranya:
Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekananTerseliuh
Plantar fasciitis
Keradangan tisu penghubung pada tapak kakiBursitis
Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.