Sulit
2 tahun
Sakit payudara kanan
Saya wanita dalam 20 an dan saya sakit payudara sebelah kanan pada seminggu lalu. Mulanya saya sangka sakit akan hilang selepas 3 hari malah sakit berterusan sehingga hari ini. Ada ketulan kecil bawah payudara dan disebelah kanan (ditepi ketiak). Mohon doktor berikan pandangan tentang sakit saya. Terimakasih
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian payudara anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda gejala tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mastitis
- Fibroadenoma payudara
- Radang payudara
- Lipoma (ketulan kulit)
- Barah payudara - Lebih lazim dalam kalangan wanita yang lebih berumur sekiranya anda mempunyai gejala hilang berat badan, sejarah kekeluargaan atau benjolan pada payudara,
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri merupakan ketumbuhan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.