Sulit
5 tahun
Sakit pelipat lutut kiri
Saya mengalami masalah kesakitan bahagian pelipat lutut sebelah kiri iaitu sakit ketika hendak turun sujud semasa solat. Dalam keadaan biasa tiada kesakitan dirasai. Rasa sakit kurang dirasai sekiranya saya gunakan tangan terlebih dahulu untuk sampai kepermukaan lantai (iaitu bukannya jatuh lutut dahulu yang menyentuh lantai).
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah osteoarthritis
- Keradangan pada sendi lutut
- Kekurangan air pelincir pada sendi lutut
- Ketumbuhan tulang pada lutut yang menyebabkan ia menekan kawasan sekeliling
- Masalah tulang lain seperti patah atau retak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


















