Anonymous
6 tahun
Sakit Perut Bahagian bawah pusat
Anak saya berumur 8tahun.lelaki.mempunyai masalah sakit perut dibahagian bawah pusat.sering mengadu sakit dibahagian tersebut. Tidak tentu masa. Samada terlewat makan ataupon jadual makan normal. Mempunyai masalah sembelit. sakit ada yang datang sekejap dan ada juga berlarutan smpai 2atau3 hari. Pergi checkup dikatakan gastrik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Recurrent abdominal pain syndrome
- Sembelit
- Penyakit peptik seperti reflux esophagitis, ulcer, dan jangkitan kuman H. Pylori
- Inflammatory bowel disease
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























