
Sulit
5 tahun
Sakit perut bahagian Kiri setelah cirit birit
Saya pelajar tingkatan empat , saya mengalami sakit perut selama 2 Hari berturut turut , pada Hari pertama ,saya hanya mengalami cirit birit biasa Dan hanya mengambil pil chi kit untuk menghilangkan cirit birit, tetapi setelah cirit birit saya hilang saya mengalami sakit perut di bahagian Kiri secara serius dan berulang .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kanan bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Merujuk kepada ubatan yang telah anda ambil, mungkin apa yang anda ambil kurang efektif untuk anda. Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.