
Anonymous
5 tahun
Sakit perut bahagian kiri
Saya merupakan seorang pelajar berumur 19 tahun.Sejak akhir-akhir ni saya sering mengalami sakit perut sebelah kiri setiap kali selepas makan.Kebiasaannya saya boleh makan dalam kuantiti yang banyak tetapi sekarang saya perlu makan dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan sakit perut.Tambahan pula pada bulan Ramadan ini,saya perlu mengawal kuantiti makan saya dengan hanya makan sedikit ketika bersahur dan berbuka.Sakit perut yang saya alami kebiasaan hanya berlangsung selama beberapa jam.Namun, paling lama saya berasa sakit perut adalah selama beberapa hari.Jadi,berdasarkan penerangan diatas mengapa saya sering sakit perut bahagian kiri?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan simptom-simptom yang anda nyatakan terdapat beberapa punya yang bermungkinan menyebabkan hal ini. Antaranya adalah:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. - “Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar - Batu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing - Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.